BERITA KOCIK - Seorang kanak-kanak perempuan yang dipaksa menikah dengan seorang lelaki tua dilaporkan telah meninggal dunia akibat ‘kecederaan dalaman’ yang dialami pada malam pertamanya.
Gadis lapan tahun itu, yang dikenali sebagai Rawan, telah dipaksa untuk menikah dengan seorang lelaki berusia 40 tahun oleh keluarganya.
Gadis lapan tahun itu, yang dikenali sebagai Rawan, telah dipaksa untuk menikah dengan seorang lelaki berusia 40 tahun oleh keluarganya.
Beliau meninggal dunia di kawasan barat Yemen, berhampiran dengan sempadan dengan Arab Saudi.
Pejuang hak asasi manusia, sedang menjalankan kempen untuk menuntut agar pengantin lelaki dan keluarganya anak tersebut ditangkap.
Para aktivis tersebut berharap kematian anak itu akan menghentikan kebiasaan pernikahan dengan anak-anak kecil yang dikatakan semakin berleluasa di negara itu.

Ramai pihak yang mengecam tindakan tersebut dengan mengatakan 'keluarga Rawan ‘bukan manusia’. Mereka tidak layak untuk mempunyai anak-anak.'
Faktor kemiskinan dikatakan antara punca utama mereka mengahwinkan anak-anak yang masih kecil kerana dikatakan menerima beratus-ratus pound sebagai ‘mas kahwin’.
Malah menurut satu laporan, satu per empat daripada penduduk wanita Yaman menikah sebelum mencapai usia 15 tahun.
Para aktivis di negara itu, mendesak agar Parlimen membatalkan undang-undang yang memberi kebenaran kepada ibu-bapa mengahwinkan anak-anak mereka yang dirasakan telah ‘bersedia’.
0 komentar:
Posting Komentar